Thursday, November 3, 2011

UPSR Nilai Murni Yang Bermutu - 优质 Nilai Murni

Copy of logo @ Agata/ Jayadidik / Cikgu LI / 20 / 8 / 11

1. Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah . Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada suatu petang ketika Adila sedang menyapu sampah di halaman rumahnya , dia terdengar jeritan meminta tolong . Rupa-rupanya, kebakaran telah berlaku di rumah jirannya yang baru berpindah ke situ . Tanpa membuang masa , Adila lantas memberitahu ayahnya yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu rumah . Bapanya segera keluar untuk melihat kejadian yang berlaku . Pada waktu itu , beberapa orang jiran telah tampil untuk menghulurkan bantuan memadamkan kebakaran . Bapa Adila segera menelefon pihak bomba dan penyelamat untuk memaklumkan kejadian yang berlaku.

Tidak lama kemudian , sepasukan anggota bomba dan penyelamat tiba untuk memadamkan kebakaran . Akhirnya , kebakaran berjaya dipadamkan . Penduduk setempat turut mengadakan kutipan derma bagi meringankan beban mangsa kebakaran itu . Tuan rumah tersebut mengucapkan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan oleh jiran -jirannya.

l menjaga kebersihan @ prihatin

l menolong @ bertanggungwajab

l berbudi bahasa @ bersyukur

Kita hendaklah menjaga kebersihan rumah seperti Adila menyapu sampah di halaman rumahnya . Selain itu , kita perlu prihatin dengan jiran yang memerlukan bantuan . Seterusnya , kita harus bersikap menolong jiran yang dalam kesusahan . Akhir sekali , kita patut berbudi bahasa / bersyukur dengan mengucapkan terima kasih kepada orang yang membantu kita .

( 40 patah kata )

Cabaran Nilai Murni 1

2. Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah . Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Siew Kuan tidak pernah merungut walaupun tidak pernah dibelikan pakaian sekolah yang baharu oleh ibunya kerana dia memahami kesusahan ibunya . Tambahan pula , Siew Kuan kehilangan bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya setahun yang lalu. Dia berazam untuk mengubah nasib keluarganya dengan memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang bakal didudukinya . Di sekolah , semua rakan sekelasnya memahami keadaan Siew Kuan . Mereka turut memberikan galakan dan antara yang sanggup berkongsi bekal makanan mereka dengan Siew Kuan pada waktu rehat. Guru kelas mereka juga sering memberikan nasihat dan sorongan kepada Siew Kuan untuk terus berjaya.